Friday, October 7, 2011

the poppy sun hat

Hi all,

ini adalah topi terbaru yang aku buat dari benang yang my hubby bawak balik dari US. benang tu seketul banyak giler...100% cotton..jenama peaches ( so far sepanjang karear aku sebagai pengait ni aku tak pernah dengar lagi brand ni). nak kata high quality tu mungkin tak le kot... satu benang rega dia 8 dolar lebih... so kalau diconvert duit kita dalam 25 ringgit kot... tapi memang banyak beb...topi ni sebenarnya aku buat saja2 je... since my baby tak boleh pakai topi... tapi sebab suka buat aku buat juga... tetiba member aku mintak nak beli... susahnya nak tentukan price... tak tahu nk suh dia bayar berapa...dilema ni... tapi topi tu aku dah pun pass kat dia semalam..harap anaknya yang cute miut tu akan bertambah2 kiut lagi lepas pakai topi ni...hihihi...

Bunga ni pula aku kait dari benang biasa je... benang akrilik nona yang tak glamer tu... tapi sebab bunga kurang selesa pun tak rasa sebab tak bersentuh ngan kulit. aku ni kengkadang simpati tengok baby pakai topi benang akrilik ni tengah panas mengelip... nak bagitau mummy panas tak pandai lagi...mummy pulak sebab nak baby tu comel sarung je topi yang cantik even panas betul.. hubby aku mmg pantang kalau aku try letak topi benang akrilik atau kita panggil benang bulu kambing ni atas kepala anak2 dia tengah panas...kalau time sejuk takpe...aku pun sama je la sebenarnya... tahu baby tu akan tak selesa tapi nak letak jugak jugak... hehehe..so topinya dari cotton yang sangat comfortable... cuma bunganya saja dari benang akrilik.
ribbon ni aku beli kat kedai bunga sebab masa pegi cari ribbon tu hari cuti kedai yang aku selalu beli ribbon tu tutup.so kena beli kat kedai bunga... mahal giler amoi tu cas aku...semeter 3 ringgit... nak buat cammana sebab dah suka ribbon ni aku beli juga...

so harapnya korang dapat inspirasi dari topi ni... pattern? ..huhu ni paling malas ni.... nanti aku lukis n post kat sini...sebab aku ni kalau explain pakai word ramai yang tak paham... nak publish kat you tube aku ni malas yang amat nak set my video cam...i got feedback that the video i uploaded using my samsung omnia bunyinya berdesir dan gambarnya blur... sorry yeah..actually i know already... wait arrr.... nanti ada masa akak publish video yang berkhasiat sikit...

pattern ni dibuat menggunakan benang ini. tapi pelbagai jenis benang lagi boleh juga digunakan..

untuk projek topi kiut ni...antara benang yang boleh aku suggest:
http://deenor.yarnshopping.com/sku:fnt2-21480


hati tengah berbunga2 sekarang sebab m,ember yang suh aku buat topi ini untuk puterinya telah membayar extra RM5 untuk topi ni sebab katanya dia puas hati sangat dan ramai puji2 topi ni cantik...tq..tq so much...first time jual hasil crafku...dapat duit extra pulak..happy nyer...
till next time... happy crocheting peeps....










3 comments:

  1. salam Nor (may I call you that?).
    Rasa macam dah komen tapi tak nampak pun komen tu published. Anyway, stumbled upon your blog while bloghopping. You have an interesting blog! Kebetulan pula, hobi kita serupa :)

    I've linked your blog to mine. Hope you do not mind.

    ReplyDelete
  2. boleh... boleh sangat.... saya memang sangat suka mengait dan sangat gembira bila jumpa orang suka mengait juga...nice to know you... kalau nak beli benang best2 boleh ke ke my online store kat tab atas ni ye...tq for linking your blog to mine...:-)

    ReplyDelete
  3. Nor, dah browse tengok your online store tu..menarik sangat dan harganya sangatlah berpatutan..dah lama ke bukak store ni? Kat sini susah betul nak cari yarn yang bagus dan berbaloi harganya..Insya-allah, coming project ni memang berhasrat nak cuba yarn kat situ.

    sekarang musim exam, kena slow down dulu..hehehe
    by the way, you get your supplies dari mana?

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails