Saturday, December 10, 2011

mengait dan dapat untung

INILAH SAYA

saya percaya ramai antara yang membaca blog saya ni memang hampir2 hari hari mengait. ada yang macam dah sampai kategori addicted sebab kalau sehari tak pegang jarum rasa cam tak lengkap hidup ini. Tak kira balik kampung atau pergi bercuti sekali pun mesti ada projek mengait yang dikepit bersama ( saya tahu sebab saya pun macam tu...:-)). saya ni start mengait dari umur saya 12 tahun. so walaupun kadang2 bila terlalu sibuk dengan benda2 lain pernah berbulan-bulan saya tidak memegang jarum tapi kalau dah pegang tu memang susah nak lepas.

bayangkanlah kalau dah hari2 mengait mestilah banyak projek yang boleh disiapkan. contohnya tahun lepas sahaja sepanjang saya pam susu diofis sahaja lebih dari sepuluh barang yang saya siapkan dari stokin bayi, kasut, baju sejuk, dress dan banyak lagi. saya menyusukan sepenuhnya baby saya hingga kini. di ofis saya gunakan pam spectra 3 yang ada dual shield. ada teknik yang saya gunakan dan saya boleh pam susu saya tanpa memegang shield tersebut... handsfree la kiranya. untuk yang pernah pam susu pasti tahu betapa malasnya nak untuk pam sampai 2 atau 3 kali sehari. tapi bila masa yang sama saya gunakan juga untuk mengait... wah amazing... memang jadi rajin betul... malah ternanti nanti..lambatnya nak pegi pam susu ni...:-)

Bila saya baca buku crocheting for fun saya terfikir jugak..selama ni kenapa saya tak cuba jual apa yang saya kait. bukannya tak ada yang order kat saya tapi saya selalu menolak dengan sahsyatnya sebab saya tahu saya takkan mampu siapkan order on time.Ada juga yang kata , jual je item yang dah ready made.... buat siap2 lepas tu jual la... tapi tah le... tak pernah pulak saya jual apa yang saya buat. selalunya saya akan kait untuk 4 anak perempuan saya dan anak2 saudara serta anak kawan2 saya secara percuma sahaja.

satu2 nya benda yang saya jual ialah topi baby ini. itupun setelah kawan saya beriya-iya meminta saya kaitkan untuk dia kerana dia rasa topi ini sangat cantik. Saya jual topi ini dengan harga RM25 tapi kawan saya bayar RM30 kerana katanya dia tak sampai hati nak bayar harga saya bila tengok hasil kaitan dan benang yang saya gunakan untuk kait topi itu.Walau bagaimanapun semangat mengait saya masih begitu. pesanan yang datang selepas itu tetap saya tolak atas alasan saya tiada masa. Tapi kalau tiada masa mengapa hampir setiap hari saya mengait...hmmm....

GILA BENANG?

bila memandang longgokan benang di penjuru bilik sempit di apartment kami ini membuatkan saya terfikir betapa banyaknya wang yang telah saya keluarkan untuk membeli benang.Itu tidak termasuk lagi dengan apa yang saya simpan di dalam bilik menjahit saya di satu lagi rumah (atas faktor dekat dengan tempat kerja saya tinggal di apartment pada hari bekerja dan balik kerumah satu lagi hanya pada hujung minggu, kadang2 tak balik pun... malas)

Anak saya pula kata ..mama ni macam berniaga benang la... mama jual la benang yang mama beli banyak2 ni..tak boleh...mama sayang la benang2 ni..macammana nak jual...( pulak dah). the good thing is bila join group facebook saya tahu yang saya tidak sendirian.... rupanya ramai lagi orang yang gila benang kat luar sana....cuma ... diorang ialah pengait2 yang menjual hasil kaitan mereka... tetapi saya??

Buku crocheting for fun and profit ni dah lama saya baca sebenarnya... dari 2 tahun lepas lagi. tapi saya tak ambik port sangat

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails