Sunday, March 31, 2013

bunga baju crochet

Assalam semua..
 lamanya tak mengupdate blog ni... nak kata busy memang selalu pun dengan macam2 .. biasa je tahap kebusyannya cuma kurang mood sikit nak mengupdate blog ni.
hmm... hari ni nak share cammana saya mendecorate sehelai baju ngan teknik crochet embellishment. hajat dihati nak join satu CAL yang dianjurkan oleh satu crochet group: YLM tapi taktau la sempat ke tidak.sebenarnya CAL kali ni pasal cammana nak decorate T-shirt. cari cari jugak T-shirt yang bersesuaian dengan umur cek yang makin bertambah ni.. tapi rasa cam susah nak jumpa yang sesuai. sebab semenjak dua menjak ni saya sedaya upaya menukar style baju ( yang singkat2 dan kecik2 tu bagi pada anak je la). so saya decide jahit satu blouse plain menggunakan kain perca( remnant) yang tersimpan kat rak dah berapa lama. salah satu addiction saya ialah melepak kat kamdar dan membeli remnant yang memang kalau nak beli biasa2 mahal giler. Bila dah jadi remnant  jadila 2 , 3 ringgit semeter. so menggunakan kain tu saya telah menjahit satu blouse yang loose n labuh.


ntuk decorate tangannya saya guna sharp crochet hook untuk tebuk lubang pada tangan baju. hook yang saya guna ialah tulip etimo yang ada plastik handle tu... but any sharp hook will do. sharp hook ni adalah  hook besi yang digunakan untuk kait lace untuk alas meja atau doili guna benang halus. ala mak mak kita dulu suka guna hook ni n diorang kait memang kemas n rapat habis la. saya gunakan saiz 0.6 mm. lepas tebuk lubang saya kait scalop guna DC  dan letak beads on top of the scallop. ni adalah gambar yang menunjukkan macammana saya letak beads masa mengait.



Antara kelengkapan yang diperlukan.

Masukkan benang jahit kedalam lubang jarum dan simpulkan
 pada bahagian hujungnya
untuk membentuk satu gelung

tarik panjang sikit benang tempat kita nak masukkan maniktu
masukkan  benang kait yg kita tarik tadi dalam loop jarum jahut tadi.
 tengok betul2 macammana saya  masukkan dalam gambar kat atas ye.
pastu masukkan jarum dalam lubang manik. tak semua manik boleh guna.
sebelum mula pastikan lubang manik cukup besar untuk
 dimasuki oleh 2 helai benang kait


then macam biasa tarik je manik melalui jarum seterusnya melalui
 benang  dan benang kait, keluarkan benang kait dari loop .

dapat macam ni


lepas tu sambung kait.



hokeh... senang kan tapi biasala menjahit manik ni tak kira guna apa teknik pun akan menguji kesabaran. so banyak2 bersabar la ye kalau nak buat ni.

hmm... dah siap tangan saya kait 3 kuntum bunga double layer. kalau nak tahu cammana buat bunga double layer ni ada kat youtube tapi jangan komplen sgt sebab video tu tangkap pakai henpon jer...( dalam keta pulak tu isk2)



dah siap 3 kuntum bunga saya pun tempekla ke baju yang jahit dan kait tangan tadi. so inilah hasilnya:

 tak menyempat nyempat siap terus pakai pegi ofis tu..:-D

corak yang sekeliling bunga tu saya conteng guna marker sharpie warna silver...menjerit anak saya.. mama conteng baju? ye la... apa taknya kalau dia menyonteng riuh rendah saya marah.. ini saya pulak yang conteng baju hehehe...

ok.. sampai sini dulu... harap dapat jadi inspirasi untuk anda2 semua create baju muslimah sendiri....Wassalam


There was an error in this gadget

Follow by Email

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails