Friday, April 23, 2010

Belajar mengait- lesson 1


Berminat nak belajar mengait? sebenarnya kait jarum satu ni adalah antara kraftangan yang paling mudah. yang paling bestnya apabila kita lihat hasilnya. apa taknya daripada sehelai benang dan sebatang jarum tiba-tiba menghasilkan sesuatu yang sangan unik dan tak disangka-sangka. gambar ni saya letak dalam journal/blog pertama saya 12 tahun lepas. since kat sana pun dah tak ramai orang masuk baik saya letakkan kat sini.

Cara-cara memegang jarum kait
Paling penting sebelum mula belajar mengait ari satu cara pegangan jarum yang kita selesa. selalunya ada 2 cara orang pegang jarum kait, untuk orang biasa. Mungkin ada orang luar biasa yang pegang cara lain. 2 cara tu ialah pegangan seperti pegang pisau atau pegangan seperti pegang pen.

Cara memegang benang dan jarum bergantung samaada anda menggunakan tangan kanan atau kidal. Anda boleh mengubah cara memegang jarum dan benang mengikut keselesaan anda. Cara yang ditunjukkan adalah sebagai asas sahaja.

kalau korang kidal dan nak gunakan cara pegangan pisau refer kat gambar sebelah kiri ni

Kalau korang selesa guna tangan kanan refer gambar kanan ni.
untuk lebih clear lagi macammana nak pegang jarum kait ni sila rujuk pada video dari youtube ni:
1.Lesson 1

Biasanya untuk blajar crochet ni kita akan mulakan dengan membentuk satu gelung atau ring.Gambar dibawah menunjukkan cara untuk membentuk ring.
1. Memegang benang dan jarum











cara membentuk gelung juga telah ditunjukkan dalam video dibawah(lesson 1)


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails