Sunday, November 16, 2014

Topi Rib Crochet

Salam sejahtera..
hari ni saya nak share cara saya buat topi rib menggunakan kaedah krusye. selalunya topi ni kita gunakan teknik knitting ataupun looming. Tapi jangan risau kalau tak tahu dua teknik tu kita tetap boleh buat topi yang cantik ni menggunakan teknik krusye. sebenarnya saya pun baru first time guna teknik krusye untuk buat topi ni. tapi memang menarikla, walaupun saya knit jugak tapi kadang rasa rasa kalau nak relax krusye lagi merelakskan.  Ni topi pertama yang saya buat. guna benang nona dan jarum saiz 5.5 mm. sangat sesuai untuk pakai tempat sejuk sebab ada warming effect.




 Bila saya tunjuk topi ni dalam grup whatsapp. Best friend forever  aka BFF( guna istilah anak muda sekarang jugak la) saya yang nak ke korea telah tempah 4 biji untuk 4 boysnya. Alhamdulillah saya saya dapat siapkan dalam masa 3 hari dalam keadaan busy celah sekejap sekejap je mengait ni. Walaupun teknik ni agak lambat kalau nak bandingkan kalau kita buat krusye biasa. Tapi sabar ye,,,, kita pengait pengait ni memang sabar kan..:-)

 Ni la topi topi yang saya hasilkan untuk 4  orang budak comel tu. Harap sangat diorang suka dengan topi topi ni.




Dan Alhamdulillah diorang suka sangat. Gambar bawah sekali tu gambar the boys dengan topi topi ni. Mama mereka kata mereka sangat gumbira dengan topi ni dan tak sabar nak bergaya di korea.. Hope they enjoy the trip.

Then,  sepupu saya menempah satu untuk pakai kat rumah.. saya kait gunakan benang ICE organic cotton memandangkan cuaca kat malaysia ni panas jadi kalau pakai benang nona tak selesa la nak guna kat rumah. Topi ni kalau pakai masa masak sesuai la kalau rambut kita asyik gugur je... boleh buat ganti topi cook dan boleh feeling-feeling master chef gitu sambil masak..ahaks..



Nampak longgar kat patung sebab kepala beliau memang besar..keh keh....memang bagak dan gabak,,:-P


ok..dah panjang ceritanya saya nak share cammana saya buat topi ni. Bawah sekali  ni ada video yang tak seberapa ... kalau tak paham boleh tanya ye.. tinggal je komen...Insyaallah saya cuba jawab.


Thursday, September 4, 2014

Dress simple untuk si bam bam

Budak chubby memang cute especially bila boleh cubit pipinya yang gebu macam roti pau... tapi masalahnya juga ..budak chubby ni susah nak cari dress atau baju readymade.
Ni dress simple yang saya jahit untuk anak saudara seorang kawan yang memang cute seh....umur rasanya dalam 9 or 10 tahun je...tapi semangat. Kesian nak pakai dress tapi tak jumpa saiz yg sesuai. So saya dengan kepakaran ke laut saya ni telah menghasilkan dress ni untuknya...
Gambar bawahnya pula lace yang saya gunakan di pinggang...ehemmm..saya jual.lace ni tau..reganya rm 18 semeter..kalau nak setengah meter pun boleh ..reganya rm9...kalau nak beli jangan malumalu ye... wassup2 je kat 0194779004...hokeh..

Saturday, May 10, 2014

Kait Jarum 1 : Baju Heksagon

Membuat baju dari dua keping heksagon atau segienam adalah cara yang paling mudah untuk membuat baju. Ia patut dicuba oleh semua yang baru berjinak-jinak dengan kait jarum satu. Walaupun caranya mudah tetapi hasilnya amat menarik sekali. Dua keping heksagon dikait secara berasingan seperti yang ditunjukkan oleh gambarajah mudah saya ini:
dua heksagon kemudiannya dilipat dan dicantumkan pada bahagian tengah untuk membentuk baju.

Tutorial dalam video diatas menerangkan cara mengait dan mencantumkan baju.saiz heksagon bergantung kepada saiz baju yang akan dikait.Berapa banyak baris yang akan dikait selepas baju dicantumkan akan menentukan lebar kolar , lebar dan Labuh baju. Selamat mencuba. Sebarang pertanyaan boleh diajukan di Fb Deenor Haberdashery di www.facebook.com/deenorh

Untuk membeli bahan yang digunakan untuk projek ini, boleh didapati di http://www.deenorh.melur.com/view_cat.asp?owner=deenorh atau boleh PM di www.facebook.com/deenorh

Thursday, April 24, 2014

Cara membuat topi bayi

Topi bayi... antara barang yang sangat delicious untuk dihadiahkan kepada bayi yang baru lahir..tak kira la bayi orang atau bayi sendiri. Bayangkan betapa surprisenya kakak kakak atau kawan kawan kita yang memang rasa kita ni tak de talent langsung dalam kerja kerja tangan ni bila tetiba... taraaaa... kita dihadiahkan baby mereka dengan topi bayi kait yang tersuper duper kiutnya. Takpun betapa kembangnya hidung dan terharunya  kita bila tengok baby kita pakai orang tanya..comelnya topi beli kat mana?  uhuks... mahu menangis...

ramai yang rasa mengait ni susah sebab zaman kita belajar ngan mak2 kita dulu disuruhnya kita kait basic sampai muntah dulu baru boleh buat benda lain. kononnya practice makes perfect. Ramai jugak yang termuntah hijau semasa dipaksa mengait taliair dan tiang tanpa menghasilkan apa2. Takpun kena suruh kait alas meja yang 3 kurun pun belum tentu siap lagi.

Meh hari ni kita ajarkan awak2 semua cara buat topi baby yang paling mudah. satu buku benang dan siap. yang paling penting satu hari dah boleh siap. Jomm....

Cara mengait topi baby yang paling mudah:


There was an error in this gadget

Follow by Email

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails