Friday, May 25, 2012

Bunga kain(cloth flower)

Hi...salam semua... sungguh lama rasanya tak menjenguk kesini... adala dekat dua bulan dah... many thing happened lately.. sekang ni baru ada masa sikit nak mengupdate blog yang tak seberapa ni.so hari ni aku nam ambik kesempatan ni untuk share ngan korang semua cara untuk membuat bunga kain atau cloth flower yang sungguh mudah ini... pejam mata pun boleh buat( pejam sebelah je la...hehehe)

so antara kelengkapan yang diperlukan untuk membuat bunga ini:
1. Mestila kena ada kain dah namanya bunga kain. Kain tak kisah apa kain pun boleh pakai tapi yang akan nampak lebih klas sikit bila jadi bunga ni ialah kain satin , organza atau velvet.
2. gunting kain yang tajam, jarum dan benang untuk menjahit
3. seterika untuk iron kain sebelum dipotong supaya neat sikit
4. apa apa benda yang boleh menghasilkan bentuk bulat. dalam kes aku ni aku gunakan gelas plastik. tapi ada member aku gunakan cookies cutter pastu dia stamp atas big stamp pad then cop je atas kain...ok jugak sebab boleh save masa lukis bulatan tu.
5. butang atau manik sebagai hiasan.

Langkah-langkah (steps)
1. First Iron kain tu untuk menghilangkan segala kedutan. kalau tak berkedut tak payah la iron

2. tekap bentuk bulat  atas kain
3. buat sebanyak mana yang dipelukan. FYI satu kuntum bunga biasa menggunakan 5 bulatan.
3. Lipat bulatan kepada 2 bahagian
4. Lipat lagi kepada 2 bahagian hingga jadi suku bulatan. Iron kalau rajin supaya bentuknya stay (aku suggestkan iron..) Kat sini depend pada korang. kalau rajin korang boleh jahit bahagian lengkungan itu menggunakan mesin jahit kalau tak biar je camtu...aku tak jahit pun.
5. stelah dapat cukup kelopak yang diperlukan kita boleh mula cantumkan kelopak ni.

6. cantumkan dengan jahitan jelujur satu demi satu kelopak tersebut

7. setelah cukup lima kelopak ( atau jumlah kelopak yg korang nak) tarik ketat2 supaya semua kelopak  bertemu
8. cantumkan kelopak pertama dengan yang terakhir dan jahit.
9. kat tengah tu untuk  menghilangkan kesan jahitan boleh letak butang atau manik. boleh gunakan gam atau jahit.

10. untuk kemaskan bahagian bawah aku gunakan felt. yang ni kalau nak jadikan kerongsang boleh terus jahit atau gam pin kerongsang gunakan gam lilin.
tadaaaaa....siappun. boleh le dijadikan hiasan baju, buat kerongsang, letak kat cekak rambut, sepit dan sebagainya.... mudahkan...okeh..sila pejam mata dan buat versi korang punya....


sample dari  organza yang aku gunakan sebagai button my dear daughter shrug...
versi dari black velvet


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails