Thursday, April 15, 2010

Kasut Baby comel


Antara benda paling mudah dan effective untuk dibuat oleh anda-anda yang baru belajar mengait ialah kasut baby. yalah kasut baby ni walaupun kecik dan cinonet je tetapi impactnya amat besar kepada baby tersebut dan orang-orang yang berada disekelilingnya. Sebabnya baby yang pakai kasut kait , especially buatan mummynya sendiri akan kelihatan anggun bergaya dan menarik perhatian ramai...hehehe...

ni adalah sepasang kasut paling simple pernah aku buat. benangnya pakai sikit jer dan masa penyediaannya pun kejap je . Benang yang aku guna untuk buat kasut ni actually benang leftover dari project knitted baby sweater. sayang nak buang2 sebab seketui benang ni jer reganya rm 22. so daripada membazir je baik la dijadikan something yang simple and cute...:-). tapi kalau pakai benang bulu kambing minlon yang rm1.60 seketul tu pun akan jadi kiut jugak sebenarnya...malah boleh kiut lagi daripada ni.cuma dah alang2 ada benang ni pakai je la benang ni daripada membazir.
cara nak buatnya memang mudah. untuk yang dah ada basic mengait mesti senang nak paham . Kalau yang dah terrer tu , tengok gambar pun dah boleh agak nak buat cammana. Semua kasut baby selalunya kita akan mulakan dari tapaknya. untuk kait tapak kasut ni lebih kurang 22-25 rantai dikait sebagai garisan tengah tapak.
kalau korang tengok gambar ni dan nampak satu garis tengah dalam kasut tu , yang tu lah rantai yang kita mulakan untuk buat kasut ni . lain kali kalau ada masa aku masukkan video cara nak buat kasut ni k...

setelah betahun janji nak buat video kasut baby... hari ni baru dapat tunaikan...maaf ye kalau video kurang besh..


11 comments:

  1. kasut camni boy pun boleh pakai kot? warna pun universal gak kan....

    ReplyDelete
  2. kak nor, i never know ure good in this!! arghh...nak buat jugak kasut baby =) jeles ni

    i baru cuba2...asah skill yg dah berkarat =( doa for me yerr. visit me at my crafts blog;
    http://ladycino-crafts.blogspot.com/

    ReplyDelete
  3. go maria go...dah berapa pasang kasut siap?

    ReplyDelete
  4. haha...none yet :p akan ku usahakan...

    ReplyDelete
  5. kait kasut baby ni gune 1 or 2 jarum?

    ReplyDelete
  6. whoda, pakai jarum satu (crochet)

    ReplyDelete
  7. eee..... geramnye saya tengok booties ni. cantiklah. saya ada buat tapi biasa je. tak secantik booties ni... ajarlah saya....boleh tak???

    ReplyDelete
  8. eee..... geramnye saya tengok booties ni. cantiklah. saya ada buat tapi biasa je. tak secantik booties ni... ajarlah saya....boleh tak???

    ReplyDelete
  9. aini...kalau dah tahu buat basic mesti boleh buat kasut yang comel jugak (selalu rasa semua kasut baby kait ni comel)

    ReplyDelete

Share it

Follow by Email

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails