Wednesday, April 14, 2010

amigurumi

Semenjak dua menjak ni baru aku berkenalan dengan perkataan ni walaupun sebenarnya dah lama jugak aku membuat toy2 menggunakan benang bulu kambing dengan kaedah kaedah jarum satu dan jarum dua ni. cuma baru tahu sekang toy yang dikait tu namanya amigurumi.

Amigurumi ni asalnya macam bunyinya la jugak..dari perkataan jepun. ia merujuk pada sebarang jenis mainan yang dikait dan diisi dengan something kat dalamnya (stuffed toy). selalunya dalam ni boleh diisi kapas atau kekabu. Tapi kalau yang kecik2 tu kapas facial cotton tu pun selalu aku masukkan dalam tu gak. amigurumi ni sendiri berasala dari 2 perkataan jepun iaitu ami yang bermaksud kait dan nuigurumi yang bermaksud stuffed toy. digabungkan bersama. selalunya toy ni dalam bentuk haiwan2 kiut seperti bear, kucing, harimau (harimau kiut ke?) kura-kura dan sebagainya. tapi ada jugak yang buat bentuk2 lain cam bunga dan hati contohnya...

Menda ni selalunya tak de fungsi pun. dibuat sebab kiut miut je.. tapi boleh la kalau nak buat keychain( comel dan kiut) atau untuk mainan anak2 anda...first amigurumi aku( cheee....dah tahu word ni kena la guna selalu), ada jugak jumpa dalam internet diorang gunakan word gumi je sebagai nama manja kepada amigurumi ni.... okeh...berbalik kepada first amigurumi aku tadi adalah seekor teddy bear yang aku kait untuk anak sulung aku yang kini sudahpun berusia 10 tahun. dia sangat suka bear itu dan membawanya kemana-mana bersama-sama hingga satu hari bear tu pun hilang tah kemana....tak sempat nak mengambik gambar pun sebab masa tu digital kamera ni tak popular lagi..malas pulak aku nak ambik gambar dan scan gambar tu..renyah betul.

benang yang selalu guna untuk amigurumi ni biasanya benang bulu kambing, selalu pakai brand minlon kalau nak yang lembut sket atau brand nona. jarum pulak kalau jarum crochet tu guna saiz 1.25 mm pun ok jugak...sebab untuk gumi ni kita tak perlukan stich yang halus2 macam kait alas meja tu...sebab kita gunakan single stich je ...

nanti saya akan postkan gambar2 gumi yang saya buat...setakat ni dalam simpanan tak banyak sebab kalau siap je sudah ada yang menanti....selalu bagi souvenier kat adik2 dan kengkawan je...

1 comment:

  1. nak bljr jg, ada jual buku dia tak,
    tak dapat nk tangkap la melalui gambar sje,
    instruction ada tak...

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails