Thursday, November 8, 2007

Grape applique



Applique is actually any motive that you can stitch back on anything (garment, tablecloth,beg , etc). This one is made using one of the free pattern i download from the internet.It is nice. This applique, then , has been used by my sister to stich on her daughter blouse.

this is the instruction In BM on how to do the applique:

Motif ini adalah motif yang mudah dan boleh digunakan untuk pelbagai projek. Anda boleh jahitkan motif yang telah siap pada sarung bantal tidak bercorak atau baju kanak-kanak. Motif ini begitu mudah dan hanya memerlukan 1 jenis stitch sahaja (SC) single stich/ (TP)Tiang pendek


Bahan-bahan

Benang acrylic bersaiz 20 (atau sebarang benang pilihan anda dari sebarang saiz) 2 warna satu warna untuk daun dan satu lagi untuk buah.
Jarum kait no 1(untuk daun) dan jarum no 6 untuk buah(benang boleh di tukar bergantung kepada saiz anggur yang anda mahukan).

Cara-caranya:

Daun(buat 3 helai)

1. kait 16 R. Kait 1 TP untuk setiap 14 R bermula dari R ke 2 dari hujung. Kait 3 TP kedalam rantai terakhir(16).Kait satu TP untuk setiap14 R pada bahagian sebelah yang bertentangan pada R asas yang sama.

2. Kait 2 R dan terbalikkan arah. kait 1 TP untuk setiap 14 TP. kait 3TP kedalam TP ke 15, kait lagi satu TP untuk setiap 14 TP berikutnya.

3. Ulang langkah 2 sehingga anda mendapati 4 gerigis daun pada sebelah bahagian daun. Menjadikannya 8 untuk kedua-dua belah daun. Matikan dan potong benang yang berlebihan

Anggur(buat 8 biji)

1. Kait 2 R. kait 7 TP kedalam R pertama.Matikan pada TP pertama.
2. Kait 1 R, kait 2 TP kedalam setiap TP. Matikan pada TP pertama.
3. Kait 1 R, (kait 1 TP kedalam TP, kait 2 TP kedalam TP berikutnya), ulang hingga habis pusingan , matikan pada TP pertama.
4. kait 1 R, kait 1 TP untuk setiap TP hingga habis , matikan pada TP pertama.
5. kait 1 TP kedalam TP, selang 1 TP, ulang hingga habis, matikan pada TP pertama.
6. Selitkan benang kedalam setiap TP.matikan benang dan potong, lebihkan benang yang dipotong lebih kurang 3 -4 inci. Benang ini disumbatkan masuk kedalam buah anggur supaya ia terbentuk dan cantik.Kalau anda menggunakan benang jenis tebal , anggur ini tidak perlu disumbat lagi kerana ia agak tebal.

Cantuman
Untuk membentuk segugus anggur, jahitkan 6 anggur di sekeliling satu anggur. jahitkan anggur ke-8 dibahagian bawahnya.

1. Untuk mencantumkan daun , sambungkan benang pada tp ke-6 dari bawah daun, letakkan daun kedua disebelah daun in , kemudian mula cantumkan dengan backloop stitch (cantumkan sisi kedua-dua daun dan selitkan melalui tp kedua-dua daun itu).
2. Buka bahagian tengah kedua-dua daun itu dan letakkan daun ke-3 ditengahnya. Gunak backloop stich lagi untuk mencatum sisi kiri daun ke-3 dengan sisi kanan daun pertama dan sisi kanan daun ke-3 dan sisi kiri daun kedua sebanyak 5 tp lagi. matikan.

Untuk membentuk tangkai anggur,sambungkan benang pada salah satu bahagian mana-mana daun yang terleka ditepi(bukan daun ke-3),kait 32 R,selitkan pada tempat yang sama dengan tempat sambungan benang tadi.Kait 30 tp sepanjang R ini.kait satu R dan terbalikkan,kait tp untuk setiap TP (31 TP).selitkan.

Sambungkan anggur pada bahagian tepi daun tengah.

Selamat Mencuba

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails