Thursday, November 8, 2007

crochet egg sachet


This is specially for those who want to present their handmade souvenier for guest on the wedding day.On my own wedding day +- 9 years back, i made close to 300 of this and it was the most popular souvenier everyone look for it.This one is made from the golden yarn , which is more expensive, but you can make it from any yarn. It is quite fast to do and it took me less than 10 mins to finish one of this.You can make it while relaxing yourselves in front of you TV.Instead of putting the egg in it, you can but other things such as sweets or potpouri. Just make sure to wrap the potpouri in the net first as the opening is quite big.

pattern:
Ch 5, slip stitch into first ch to form ring.
Rnd 1: Ch 3, dc in t,ch 2 , 2 dc,ch 3, 3 dc, ch 3, 2 dc,ch 2, 2 dc, ch 3, 3 dc in ring. ch 3 then Slip stitch into top of beginning ch 3.

instruction In BM:

Pernahkah anda terfikir untuk mengait sendiri bakul telur sebagai buah tangan kepada tetamu pada majlis perkahwinan anda? Atau hadiahkan bakul telur yang ringkas tapi menarik ini kepada kawan, adik atau anak anda untuk hari istimewa mereka. Selain dari boleh diisi dengan telur bakul/raga comel ini boleh juga diisi dengan bunga-bunga kering yang telah diberikan haruman untuk membentuk potpori yang menarik. Bagi yang memilih gula-gula sebagai buah tangan, bakul ini cukup ideal untuk dijadikan bekas mengisinya. Paling penting sekali bakul ini begitu senang dikait dan hanya memerlukan masa penyediaan kurang dari 10 minit sebiji.Paten dan corak yang digunakan juga begitu mudah dan sesuai untuk anda walaupun anda baru belajar mengait.


Bahan-bahannya:
1.Jarum kait 2.5 cm. Saiz jarum yang lebih kecil akan menghasilkan bakul yang lebih kecil.
2.Benang kait emas kucing Intan dari jenama minlon. seketul benang kecil(15 g) boleh digunakan untuk mengait 4-5 bakul telur.

istilah:
R= rantai
T= Tiang

Cara membuatnya:

1. Kait 5 R. selit untuk membentuk satu gelung.
2. Kait 3 R ,kait 1 T, 2R,2T, 3R,3T,3R,2T,2R,2T, 3R,3T kedalam gelung yang dibentuk dalam langkah 1 tadi.kait 3 R dan selit kedalam R ketika pada permulaan pusingan ini tadi.
4. Selit diatas setiap 2T pusingan sebelumnya. selit juga didalam ruang 2R pusingan sebelumnya. Kait 3R,1 T , 2R dan 2T di dalam ruang yang sama. (*Kait 3 R dan selit pada T berikutnya(3X) kait 3 R dan kait 2T,2R dan 2 T ke dalam ruang 2R berikutnya) Ulang * sekali lagi hingga tamat pusingan. selitkan pada R ke 3.
5. Selit diatas setiap 2T pusingan sebelumnya. selit juga didalam ruang 2R pusingan sebelumnya. Kait 3R,1 T , 2R dan 2T di dalam ruang yang sama. (*Kait 5 R dan selit pada ruang 3 R pusingan sebelumnya.kait 3 R dan selitkan kedalam gelung 3 R berikutnya(3X).kait 5R kait 2T,2R dan 2 T ke dalam ruang 2R berikutnya) Ulang * sekali lagi hingga tamat pusingan. selitkan pada R ke 3.

6. ulang langkah 5 hingga gelung yang terbentuk di kedua-dua belah bakul berjumlah 5 .

7. Selit diatas setiap 2T pusingan sebelumnya. selit juga didalam ruang 2R pusingan sebelumnya. Kait 3R,1 T , 2R dan 2T di dalam ruang yang sama. (*Kait 5 R dan selit pada gelung 3 R pusingan sebelumnya.kait 3 R dan selitkan kedalam gelung 3 R berikutnya(3X).kait 5R kait 2T,2R dan 2 T ke dalam ruang 2R berikutnya) Ulang * sekali lagi hingga tamat pusingan. selitkan pada R ke 3.
8. Selit diatas setiap 2T pusingan sebelumnya. selit juga didalam ruang 2R pusingan sebelumnya. Kait 3R,1 T , 2R dan 2T di dalam ruang yang sama. (*Kait 5 R dan selit pada gelung 3 R pusingan sebelumnya.kait 3 R dan selitkan kedalam gelung 3 R berikutnya(2X).kait 5R kait 2T,2R dan 2 T ke dalam ruang 2R berikutnya) Ulang * sekali lagi hingga tamat pusingan. selitkan pada R ke 3.

9.Selit diatas setiap 2T pusingan sebelumnya. selit juga didalam ruang 2R pusingan sebelumnya. Kait 3R,1 T , 2R dan 2T di dalam ruang yang sama. (*Kait 5 R dan selit pada gelung 3 R pusingan sebelumnya.kait 3 R dan selitkan kedalam gelung 3 R berikutnya(1X).kait 5R kait 2T,2R dan 2 T ke dalam ruang 2R berikutnya) Ulang * sekali lagi hingga tamat pusingan. selitkan pada R ke 3.

10. Selit diatas setiap 2T pusingan sebelumnya. selit juga didalam ruang 2R pusingan sebelumnya. Kait 3R,1 T , 2R dan 2T di dalam ruang yang sama. (*Kait 7 R dan selit pada gelung 3 R .kait 7R kait 2T,2R dan 2 T ke dalam ruang 2R berikutnya) Ulang * sekali lagi hingga tamat pusingan. selitkan pada R ke 3.

11. Selit diatas setiap 2T pusingan sebelumnya. selit juga didalam ruang 2R pusingan sebelumnya. kait 30 R dan matikan kedalam ruang 2 R berikutnya untuk membentuk tangkai bakul.
Cadangan:
Anda juga boleh meletakkan bunga ros kecil dari reben sebagai hiasan yang menarik pada bahagian tengah bakul ini.Bakul yang telah dihias dan dijadikan potpori boleh juga di jadikan hiasan dan digantung didalam kereta. Balut bunga kering dengan kait net terlebih dahulu sebelum dimasukkan ke dalam bakul.


ini ada youtube and hope it will help in some ways..

another instruction:

18 comments:

  1. salam...
    hasil kerja tangan yang menarik...
    tapi syg nyer sy xpaham direction die becoz xpernah bljr asas die...klu blh xplain dgn ayt yg lg mudah...anyway thanks

    ReplyDelete
  2. Tu la.. tak pandai nak explain dalam bentuk word sebenarnya.

    R tu rantai yang orang panggil taliair tu. tiang pendek adalah SC . yang kita tak yang belit tu. tiang panjang adalah DC (sekali belit)

    tapi kalau nak sample saya boleh poskan. cuma RM1 + rm0.5 kos penghantaran.boleh email ke nor@melur.com

    ReplyDelete
  3. Saya da cuba buat,tapi tak jadi pun.Sedih..huhu

    ReplyDelete
  4. kesiannya... kat mana yang tak jadi tu?

    ReplyDelete
  5. memang confusing la instruction ni ...saya sendiri pun kurang faham... nanti saya upload youtube n let all know kat sini

    ReplyDelete
  6. First and second step ok lagi,masuk step seterusnye rase macam tak jadi..maybe saya kurang faham sebab baru belajar2 nak buat (tapi sangat excited nak cuba,hehe)..kalau ade youtube untuk ni pun ok gak,tak sabar nak cuba lagi..

    ReplyDelete
  7. Imie, boleh try sekali lagi..taktau la boleh faham ke tak sebab video tu pun tak clear sangat... let me know ye...

    ReplyDelete
  8. Imie da try,suke tak terkate ni.hehe..pastu next step imie tersangkut kat sini (*kait 5R dan selit pd ruang 3R pusingan sblumnya.kait 3R dan selitkan kedalam gelung 3R berikutnya 3X)
    maksudnye,da buat 5 tali air pastu ape ye,hehe

    ReplyDelete
  9. hehehe... buat 5 taliair pastu sc(slip sticth,atau matikan) dalam ruangan 3 taliair round sebelumnya tu)

    ReplyDelete
  10. Ooo dapat2..tapi kan imie ade sikit confius ni,hurm mcamane nak cakap ek..ini sebelum 5 tali air tu,kan kite ade buat 1T,2R dan 2T dalalm ruangan yang sama kan,maksud ruangan yang sama tu mcamane? Adakah buat shell(eh mcmni ke sebutnye)dalam satu lubang rantai yang sama atau macamane eh kak? Same gak lepas buat 5 tali air and sc dalam ruangan 3 taliair yang akak cakap tu,kite kene buat shell tu kan? Huhu..Part yang shell tu imie tak dapat la plak,agaknye mase round sblum tu msti shell yg imie buat tu pun salah..

    Imie mintak maaf byk2 tau kak,banyak sangat soalan nye..trime kasih sebab akak sudi membantu =)

    ReplyDelete
  11. ye..yang tu kira shell la imie... sebab permulaan round kita kait 3 taliair tu ( mewakili 1 dc (tiang)). untuk shell selalunya kita kait 2dc , 2 ch , 2dc dalam space yang sama kan.. son yang ni 3 taliair tu menggantikan 1 dc.

    boleh paham ke? akak ni x pandai nak explain..

    it's ok... bagus tanya banyak2 ..baru cepat pandai

    ReplyDelete
  12. Hehe..maksudnye space yang same tu ialah satu lubang taliair ke kak?tengok video akak macam besar je space die bile akak buat shell tu..huhu,tu yang imie confius tu =)

    ReplyDelete
  13. Kak...imie da dapat buat sampai round 5 ikut youtube akak..sronoknye kak...trime kasih banyak eh kak..akak ade buat sambungan lagi ke untuk video ni =)

    Tengoklah,imie asyik senyum je,da dapat buat sikit2(walaupun compang camping je imie rase)..tak sabar nak habiskan,nnt imie cuba lagi trus kan ikut step akak yg kat atas tu..trime kasih banyak2 ye kak =)

    ReplyDelete
  14. akak ada buat video sampai habis ...malangnya terdelete la pulak imie... nanti akak try buat lagi ye... tapi akak dah try put another instruction here... hope that help yaa...

    ReplyDelete
  15. Ok kak,memang sangat membantu..nnt kalau imie nak buat yang lain boleh ke imie tanye akak lagi?

    Thanx a lot eh kak =)

    ReplyDelete
  16. boleh.... boleh...imie...akak dah put another instruction kat youtube..tengok kat atas ye

    ReplyDelete
  17. Hai kak..alhamdulillah saya da dapat belajar buat bekas ni..terima kasih sangat2 kat akak,sudi mengajar and letakkan instruction kat youtube lagi..hehe..kat sini saya nk letak kan skali gmbr bekas telur yang saya dapat buat hasil menuntut ngan akak...thanx ye kak =)

    http://www.facebook.com/photo.php?fbid=2404959331559&set=a.2404957451512.2106965.1478404956&type=3&theater

    ReplyDelete
  18. waah tahniah imie.. tapi... tak dapat la akak nak tengok gambar tu...

    ReplyDelete

There was an error in this gadget

Follow by Email

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails