Sunday, November 16, 2014

Topi Rib Crochet

Salam sejahtera..
hari ni saya nak share cara saya buat topi rib menggunakan kaedah krusye. selalunya topi ni kita gunakan teknik knitting ataupun looming. Tapi jangan risau kalau tak tahu dua teknik tu kita tetap boleh buat topi yang cantik ni menggunakan teknik krusye. sebenarnya saya pun baru first time guna teknik krusye untuk buat topi ni. tapi memang menarikla, walaupun saya knit jugak tapi kadang rasa rasa kalau nak relax krusye lagi merelakskan.  Ni topi pertama yang saya buat. guna benang nona dan jarum saiz 5.5 mm. sangat sesuai untuk pakai tempat sejuk sebab ada warming effect.




 Bila saya tunjuk topi ni dalam grup whatsapp. Best friend forever  aka BFF( guna istilah anak muda sekarang jugak la) saya yang nak ke korea telah tempah 4 biji untuk 4 boysnya. Alhamdulillah saya saya dapat siapkan dalam masa 3 hari dalam keadaan busy celah sekejap sekejap je mengait ni. Walaupun teknik ni agak lambat kalau nak bandingkan kalau kita buat krusye biasa. Tapi sabar ye,,,, kita pengait pengait ni memang sabar kan..:-)

 Ni la topi topi yang saya hasilkan untuk 4  orang budak comel tu. Harap sangat diorang suka dengan topi topi ni.




Dan Alhamdulillah diorang suka sangat. Gambar bawah sekali tu gambar the boys dengan topi topi ni. Mama mereka kata mereka sangat gumbira dengan topi ni dan tak sabar nak bergaya di korea.. Hope they enjoy the trip.

Then,  sepupu saya menempah satu untuk pakai kat rumah.. saya kait gunakan benang ICE organic cotton memandangkan cuaca kat malaysia ni panas jadi kalau pakai benang nona tak selesa la nak guna kat rumah. Topi ni kalau pakai masa masak sesuai la kalau rambut kita asyik gugur je... boleh buat ganti topi cook dan boleh feeling-feeling master chef gitu sambil masak..ahaks..



Nampak longgar kat patung sebab kepala beliau memang besar..keh keh....memang bagak dan gabak,,:-P


ok..dah panjang ceritanya saya nak share cammana saya buat topi ni. Bawah sekali  ni ada video yang tak seberapa ... kalau tak paham boleh tanya ye.. tinggal je komen...Insyaallah saya cuba jawab.


No comments:

Post a Comment

There was an error in this gadget

Follow by Email

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails