Saturday, May 10, 2014

Kait Jarum 1 : Baju Heksagon

Membuat baju dari dua keping heksagon atau segienam adalah cara yang paling mudah untuk membuat baju. Ia patut dicuba oleh semua yang baru berjinak-jinak dengan kait jarum satu. Walaupun caranya mudah tetapi hasilnya amat menarik sekali. Dua keping heksagon dikait secara berasingan seperti yang ditunjukkan oleh gambarajah mudah saya ini:
dua heksagon kemudiannya dilipat dan dicantumkan pada bahagian tengah untuk membentuk baju.

Tutorial dalam video diatas menerangkan cara mengait dan mencantumkan baju.saiz heksagon bergantung kepada saiz baju yang akan dikait.Berapa banyak baris yang akan dikait selepas baju dicantumkan akan menentukan lebar kolar , lebar dan Labuh baju. Selamat mencuba. Sebarang pertanyaan boleh diajukan di Fb Deenor Haberdashery di www.facebook.com/deenorh

Untuk membeli bahan yang digunakan untuk projek ini, boleh didapati di http://www.deenorh.melur.com/view_cat.asp?owner=deenorh atau boleh PM di www.facebook.com/deenorh

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails