Friday, March 30, 2012

peralatan untuk crochet

saya ada menerima soalan ini:
"sy baru belajar dlm kait mengait ni. so, x brp tahu tentg brg2 yg dgunakn utk mengait terutama skali jarum kait. bila ke kedai mcm2 jenis jarum kait. takut trsalah beli. bila trjumpa Deenor Haberdashery ni, sy ingin brtnya la tntg brg yg dperlukn utk mengait bg org yg baru nk bljr ni..dan lbh mudah la sy order brg2 itu d Deenor Haberdashery. t.kasih ye.."


Untuk yang bertanya, pertama sekali saya mengucapkan tahniah kerana anda baru saja memilih hobi yang berasal dari ribuan tahun lalu namun hingga kini ia tetap dipraktikkan dan semakin berkembang. Anda akan menempuh pelbagai pengalaman mengujakan dalam menghasilkan pelbagai rekaaan crochet mengikut kreativiti anda sendiri.

mengenai peralatan yang diperlukan untuk belajar crochet:

1. Jarum kait( crochet hook). saix yang paling sesuai untuk yang baru berjinak-jinak dengan crochet ialah antara 2mm-4mm. Ada yang mengatakan jarum tulip 3 mm merupakan yang paling selesa untuk yang baru belajar.jenis jarum pula banya..tapi jenis yang diperbuat dari aluminium lebih ringan berbanding dengan jenis besi. Dipasaran sekarang terdapat pelbagai jarum argonomik yang direka untuk keselesaan penggunanya seperti contohnya jarum tulip dengan handle plastik ini

Tulip Plastic Handle Crochet Hook Deenor Haberdashery

SKU : acs-141

Pictures




Color Options

























2. benang kait. benang kait yang paling sesuai untuk yang mula belajar ialah dari jenis dk ( double knit). benang ini selalunya adalah 4 helai benang yang digabung menjadi satu ( 4 ply). kalau dimalaysia. benang jenis ini yang biasa dijumpai ialah benang bulu kambing jenama nona dan minlon

3. Gunting yang tajam.

5. jarum tapestry . digunakan untuk mencantum atau menjahit fabrik yang telah dikait.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails