Thursday, April 12, 2012

FAQ: jenis benang yang sesuai

Saya menerima soalan ini melalui sms dan ingin saya kongsi jawapan saya pada soalan ini untuk faedah bersama:

Salam.. sy nak buat sedikit pertanyaan ... sy nak mengait sweater n baby booties dan juga beg.. benang kait yang mana sesuai yer sbb sy baru nak mula mengait..

j: Benang kait yang sesuai untuk sweater n baby booties selalunya dari jenis wool atau wool+acrylic atau sport weight cotton atau bamboo atau mana2 campuran cotton. untuk sweater benang yang dipilih perlu memenuhi fungsi sweater iaitu memanaskan badan dan memberikan haba ketika sejuk. Benang untuk sweater juga perlu selesa kepada pemakainya terutamanya jika sweater tersebut untuk bayi kerana kulit bayi lebih sensitif. Antara benang yang boleh dicadangkan untuk sweater ialah:
1.http://www.melur.com/prod_detail.asp?owner=deenorh&category=ALL&item_id=513
2. http://www.melur.com/prod_detail.asp?owner=deenorh&category=ALL&item_id=498
3.http://www.melur.com/prod_detail.asp?owner=deenorh&category=ALL&item_id=491
4.http://www.melur.com/prod_detail.asp?owner=deenorh&category=ALL&item_id=480

Untuk booties pula ,oleh kerana kulit kaki yang lebih tahan berbanding dengan bahagian lain, jenis benang yang digunakan tidak perlu difikirkan sangat kerana kebanyakan benang boleh digunakan untuk mengait booties. Jenis akrilik biasa dari jenama tempatan seperti nona dan minlon juga boleh digunakan. Namun jenis worse weight 100% cotton seperti peach and creme menghansilkan booties yang lebih cantik dan menyerap peluh.

yg sy beli skrg adalah benang kait minlon yang kasar n cpt berbulu.. nak kait pon susah skit..

J: benang tempatan akrilik dari jenis minlon memang senang pecah dan cepat berbulu terutamanya jika dipakai berulangkali. Benang nona lebih menjadi pilihan kerana teksturnya yang lebih kemas berbanding dengan minlon.

boleh sy tau jenis apa yg sesuai n still available lg ke dlm katalog Deenor Haberdashery..?

J: katalog deenor haberdashery sentiasa di kemaskini dari masa kesemasa. jadi anda boleh mengetahui berapa bilangan item yang tersedia dikedai berdasarkan jumlah stok pada katalog. walaubagaimana pun jika item tersebut dibeli dikedai pada hari yang sama , kuantiti yang dibeli itu akan ditolak dari katalog pada hari berikutnya.

lagi 1 sy nak tanya kalo sy buat pembelian contohnya peach n creme -tropical sea rm 15 tu mksd nye segulung atau dalam sekotak ade berapa gulung..? itu sahaja sbb sy berminat nak mengorder n membeli benang kait ni..hehehe..TQ

J: kuantiti yang ditunjukkan di katalog deenor haberdashery ialah untuk segulung sahaja.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails