Friday, April 30, 2010

The child friendly cactus


Ni adalah kaktus yang mesra kanak-kanak...hehehe sebab tak de duri dan tak payah siram, kalau nak cantikkan lagi , boleh jahit manik2 warna silver or kuning sebagai duri tapi sebab saya ni seorang yang pemalas dan tidak teliti cukuplah macam ni saja.

Sebenarnya projek kaktus ni semata-mata nak menghabiskan benang2 hijau yang saya beli beberapa tahun lepas entah untuk apa pun tak ingat dah. sebahagiannya saya dah jadikan katak dalam projek saya:
Katak kembung . walaupun dah buat kaktus ni banyak lagi yang berlebih ni.. nampak gaya kena cari green pattern lagi la untuk habiskan benang2 ni.
Pattern untuk kaktus ni saya tiru dari:all craft . respek r kat dia ni sebab come out with such a great pattern yang rasanya kita susah nak pikir. cute tapi mudah sangat nak buat.
Kat dalamnya pula saya stuff dengan kapas biasa yang kita boleh beli dalam bentuk gulung2 tu (kapas mayat...hehehe). sticthnya pulak semuanya single stitch kecuali untuk bunganya saja. untuk badan kaktus kita kait backloop single stitch
Pot dia ni sepatutnya warna merah bata ( terracotta) tapi since benang warna light brown ni aja yang ada ... bantai jer la...bestkan ada kaktus yang tak payah siram ni... korang try le...






Tuesday, April 27, 2010

crochet Rose




Bunga rose yang sangat senang untuk dikait. lepas kait boleh tampal kat baju , beg,buat getah rambut, buat tali ikat langsir even kalau nak bagi kat mak korang sempena hari ibu pun boleh jugak .... pattern ni saya tiru dari : http://the-dark-knit.blogspot.com/2008/11/crochet-roses.html


Benang ni dah lama sangat2 dah... jumpa balik dalam treasure chest... tak ingat pun beli dulu untuk apa... tapi daripada tak buat apa-apa baik gunakan balik leftover yarn ni. buat ros ni tak pakai banyak benang pun. preparation time around 20 mins saja. ingat nak buat daun jugak untuk ros ni...esok jer la...:-) ...
Ni start2 nak kait... make sure tinggal dalam 10 inci benang simpan untuk cantumkan bunga nanti. jangan excited sangat sampai tinggal seinci dua je.. nanti kena sambung balik masa nak jahit bunga ni nanti.
Ini bunga yang dah siap dikait tapi belum dicantumkan lagi. sebenarnya tak boleh nak cantumkan malam ni sebab jarumku hilang dilarikan makhluk halus. Dia pulak dah tidur.. ikut hati nak saja saya kejutkan dia tanya kat mana dia sorokkan jarum mama dia.. tapi tak sampai hati la pulak. Esok je saya cantumkan sekali dengan buat daun.


konon2nya kalau dah jahit nanti begini lah rupa bentuknya, tapi yang ni cuma gulung2 je ..tak leh nak jahit lagi. besok bibunga rose ni dahpun siap dijahit...

Friday, April 23, 2010

Belajar mengait- lesson 1


Berminat nak belajar mengait? sebenarnya kait jarum satu ni adalah antara kraftangan yang paling mudah. yang paling bestnya apabila kita lihat hasilnya. apa taknya daripada sehelai benang dan sebatang jarum tiba-tiba menghasilkan sesuatu yang sangan unik dan tak disangka-sangka. gambar ni saya letak dalam journal/blog pertama saya 12 tahun lepas. since kat sana pun dah tak ramai orang masuk baik saya letakkan kat sini.

Cara-cara memegang jarum kait
Paling penting sebelum mula belajar mengait ari satu cara pegangan jarum yang kita selesa. selalunya ada 2 cara orang pegang jarum kait, untuk orang biasa. Mungkin ada orang luar biasa yang pegang cara lain. 2 cara tu ialah pegangan seperti pegang pisau atau pegangan seperti pegang pen.

Cara memegang benang dan jarum bergantung samaada anda menggunakan tangan kanan atau kidal. Anda boleh mengubah cara memegang jarum dan benang mengikut keselesaan anda. Cara yang ditunjukkan adalah sebagai asas sahaja.

kalau korang kidal dan nak gunakan cara pegangan pisau refer kat gambar sebelah kiri ni

Kalau korang selesa guna tangan kanan refer gambar kanan ni.
untuk lebih clear lagi macammana nak pegang jarum kait ni sila rujuk pada video dari youtube ni:
1.Lesson 1

Biasanya untuk blajar crochet ni kita akan mulakan dengan membentuk satu gelung atau ring.Gambar dibawah menunjukkan cara untuk membentuk ring.
1. Memegang benang dan jarum











cara membentuk gelung juga telah ditunjukkan dalam video dibawah(lesson 1)


Tuesday, April 20, 2010

Simple scrunchie

Katak Kembung yang tak berapa kembung



Bosan pulak asyik mengait baju dan benda2 yang seumpamanya ..so sempena rasa nak lepak giler ni aku telah mengait katak ni. It supposed to be kembung tapi saya kehabisan kapas jadi saya gunakan facial cotton je untuk sumbat dalam ni. tak berapa kembung sebab sayang nak sumbat lebih-lebih padahal aku bukan pakai pun facial cotton tu...beli simpan je...

Memandangkan saya ni bukan jenis org yang teliti. kalau nampak senget menget kat mana-mana tu harap abaikan saja la ya.untuk mata katak ni saya gunakan felt warna putih. saya potong bentuk separuh bulatan then tampal mata ready made atasnya. untuk mulut pulak saya benang kait warna putih .

tengah kait yang ni untuk kakak, adik2 nya dah tempah nak warna pink and kuning.haish... tak tau la rajin ke malas nak buat ni...
Notice that felt yang aku lekatkan kat mata dia tu telah dijahit sebab aku tak jumpa gam... nampak kurang cute sket la kalau jahit tapi since i have an anxious customer(anak2ku memang ada talent nak jadi anzious customer) waiting aku nak siapkan hari ni jugak....:-)
Tengoklah katakku tengah menjeling dengan ayunya....

Thursday, April 15, 2010

Kasut Baby comel


Antara benda paling mudah dan effective untuk dibuat oleh anda-anda yang baru belajar mengait ialah kasut baby. yalah kasut baby ni walaupun kecik dan cinonet je tetapi impactnya amat besar kepada baby tersebut dan orang-orang yang berada disekelilingnya. Sebabnya baby yang pakai kasut kait , especially buatan mummynya sendiri akan kelihatan anggun bergaya dan menarik perhatian ramai...hehehe...

ni adalah sepasang kasut paling simple pernah aku buat. benangnya pakai sikit jer dan masa penyediaannya pun kejap je . Benang yang aku guna untuk buat kasut ni actually benang leftover dari project knitted baby sweater. sayang nak buang2 sebab seketui benang ni jer reganya rm 22. so daripada membazir je baik la dijadikan something yang simple and cute...:-). tapi kalau pakai benang bulu kambing minlon yang rm1.60 seketul tu pun akan jadi kiut jugak sebenarnya...malah boleh kiut lagi daripada ni.cuma dah alang2 ada benang ni pakai je la benang ni daripada membazir.
cara nak buatnya memang mudah. untuk yang dah ada basic mengait mesti senang nak paham . Kalau yang dah terrer tu , tengok gambar pun dah boleh agak nak buat cammana. Semua kasut baby selalunya kita akan mulakan dari tapaknya. untuk kait tapak kasut ni lebih kurang 22-25 rantai dikait sebagai garisan tengah tapak.
kalau korang tengok gambar ni dan nampak satu garis tengah dalam kasut tu , yang tu lah rantai yang kita mulakan untuk buat kasut ni . lain kali kalau ada masa aku masukkan video cara nak buat kasut ni k...

setelah betahun janji nak buat video kasut baby... hari ni baru dapat tunaikan...maaf ye kalau video kurang besh..


Wednesday, April 14, 2010

amigurumi

Semenjak dua menjak ni baru aku berkenalan dengan perkataan ni walaupun sebenarnya dah lama jugak aku membuat toy2 menggunakan benang bulu kambing dengan kaedah kaedah jarum satu dan jarum dua ni. cuma baru tahu sekang toy yang dikait tu namanya amigurumi.

Amigurumi ni asalnya macam bunyinya la jugak..dari perkataan jepun. ia merujuk pada sebarang jenis mainan yang dikait dan diisi dengan something kat dalamnya (stuffed toy). selalunya dalam ni boleh diisi kapas atau kekabu. Tapi kalau yang kecik2 tu kapas facial cotton tu pun selalu aku masukkan dalam tu gak. amigurumi ni sendiri berasala dari 2 perkataan jepun iaitu ami yang bermaksud kait dan nuigurumi yang bermaksud stuffed toy. digabungkan bersama. selalunya toy ni dalam bentuk haiwan2 kiut seperti bear, kucing, harimau (harimau kiut ke?) kura-kura dan sebagainya. tapi ada jugak yang buat bentuk2 lain cam bunga dan hati contohnya...

Menda ni selalunya tak de fungsi pun. dibuat sebab kiut miut je.. tapi boleh la kalau nak buat keychain( comel dan kiut) atau untuk mainan anak2 anda...first amigurumi aku( cheee....dah tahu word ni kena la guna selalu), ada jugak jumpa dalam internet diorang gunakan word gumi je sebagai nama manja kepada amigurumi ni.... okeh...berbalik kepada first amigurumi aku tadi adalah seekor teddy bear yang aku kait untuk anak sulung aku yang kini sudahpun berusia 10 tahun. dia sangat suka bear itu dan membawanya kemana-mana bersama-sama hingga satu hari bear tu pun hilang tah kemana....tak sempat nak mengambik gambar pun sebab masa tu digital kamera ni tak popular lagi..malas pulak aku nak ambik gambar dan scan gambar tu..renyah betul.

benang yang selalu guna untuk amigurumi ni biasanya benang bulu kambing, selalu pakai brand minlon kalau nak yang lembut sket atau brand nona. jarum pulak kalau jarum crochet tu guna saiz 1.25 mm pun ok jugak...sebab untuk gumi ni kita tak perlukan stich yang halus2 macam kait alas meja tu...sebab kita gunakan single stich je ...

nanti saya akan postkan gambar2 gumi yang saya buat...setakat ni dalam simpanan tak banyak sebab kalau siap je sudah ada yang menanti....selalu bagi souvenier kat adik2 dan kengkawan je...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails