Wednesday, November 7, 2012

my 2nd blouse

 Ni blouse kedua saya
 


Ini adalah kain yang dipilih oleh adik saya. dengan kemahiran kelaut saya menjahit ni saya telah berusaha menjahit blouse ni. saya buat pola simple2 ikut sukahati saya. nanti next time saya akak share polanya. saya jahit pun ikut suka hati saya... ( malas nak google). Ni la hasilnya yang baru separuh siap. saya plan nak bubuh tali jugak kat tangan tu... tengok la kalau rajin... heheh... plan nak pakai gi kerja hari jumaat ni... almaklumla hari jumaat saja boleh melaram pakai baju biasa hari lain memang baju batik oren tu je la mampu digayakan.
 

okehla.. bila pakai rasa selesa cuma kalau saya buat next time mungkin saya akan tambah 1/2 inci dibahagia dada..( bersedia supaya kalau tergemuk sedikit masih boleh pakai). hubby saya kata ..cantik cuma panjangkan sikit belah kat tepi tu... hmm.. nanti saya pegi bukak sikit tepi tu jap lagi.

 
 tapi yang kelakarnya sebab saya ni jahit baju main belasah buat pola sendiri saya punya la heran bila bahagian tangan yang saya dah potong exactly ikut lubang lengan tu bila jahit tak boleh fit. sebelum ni masa jahit blouse untuk anak2 pun memang saya dah heran tapi malas nak cari. tapi member bagi saya blog ni.. tunjukkan cara untuk lukis pola blouse dan kurung moden yang betul. terima kasih bebanyak atas ilmu yang dikongsikan. ni blognya:cara cantum lengan

Harapnya tercapai le hasrat saya nak bergaya dengan blouse jahitan sendiri ni hari jumaat ni... kui kui
 

1 comment:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails