semenjak bukak kedai benang ni soklan yang paling common ditanya oleh customer yang baru nak berjinak2 mengait ialah apa bezanya benang bulu kambing ( nama kampung untuk acrylic yarn..:-)) jenama nona dengan minlon. sebenarnya ini adalah soalan yang sangat2 biasa. even tajuk yang sama ada saya chat dengan my macy salesman jugak. ada pulak customer yang dulunya menggunakan benang minlon mula beralih arah kepada benang nona kerana katanya semenjak dua menjak ni benang minlon mula hilang kualitinya dan cepat berbulu berbanding dengan benang nona yang lebih firm teksturnya.menurut cerita my Nona supplier, dulunya Kanebo , kalau tak silap saya , sebuah kilang pengeluar benang di Malaysia ini supply benang kepada minlon, benag putih yang belum di warnakan . minlon akan die benang dan jual atas jenama minlon. namun beberapa tahun lepas kanebo telah dibeli oleh pengilang nona menyebabkan minlon kehilangan sumber benang putih. jadi minlon mendapatkan sumber benang putih dari beberapa kilang dari china menyebabkan kualitinya menjadi tidak sama dan susah dikawal. saya biasa membeli benang putih minlon kod 51 tetapi benangnya berwarna antara krim dan kelabu cair... memang out habis... mesti ada antara kita yang pernah beli benang minlon yang nampak seperti putus dan disambung2.. uh... memang sakit hati bila terjumpa kes sebegini.
hmm... pada saya kedua2 benang ada kelebihan dan kekurangannya. sehingga kini saya masih menggunakan kedua2 benang dalam projek2 saya bergantung kepada jenis projek tersebut. selalunya saya akan menggunakan benang nona untuk projek yang bukan wearable ( bukan untuk garment) seperti casing handphone, pencil case bag dan sebagainya. benang minlon pula saya akan gunakan bila mengait menggunakan jarum dua ( knitting) ini. kerana teksturnya lebih lembut dan selesa pada kulit.kekurangan nona pula ialah kerana kilangnya tidak sebesar macy yang menghasilkan minlon, kadang2 bekalannnya habis dan kerap warna nya yang kita mahukan tidak dapat dibekalkan oleh kilang.