Sunday, December 31, 2017

Posting tahun baru 2018

Salam semua ... sedar tak sedar dah hampir 4 tahun blog ni senyap saja... tapi senyap bukan bermakna kami tidur(eceecece .. bunyi macam hebat kan) tapi memang tidur pun... banyak sawang nak kena sapu sana sini sempena cuti tahun baru 2018 ni...

Good news!!! we are back.. kedai kami dah mula beroperasi semula di lot F40 dan F41 Tingkat 3 Bazar  Tok Guru. InsyaAllah sempena tahun baru 2018 ni banyak benda-benda baru yang bakal kami bawakan untuk and semua. Jemput anda semua ke kedai kami...special gift untuk pengunjung blog.. just mention nama blog ni ye...

Like page kami di http://facebook.com/deenorcraft
Instagram : deenorcraft

Tunggu kami update lagi yaw...

Sunday, November 16, 2014

Topi Rib Crochet

Salam sejahtera..
hari ni saya nak share cara saya buat topi rib menggunakan kaedah krusye. selalunya topi ni kita gunakan teknik knitting ataupun looming. Tapi jangan risau kalau tak tahu dua teknik tu kita tetap boleh buat topi yang cantik ni menggunakan teknik krusye. sebenarnya saya pun baru first time guna teknik krusye untuk buat topi ni. tapi memang menarikla, walaupun saya knit jugak tapi kadang rasa rasa kalau nak relax krusye lagi merelakskan.  Ni topi pertama yang saya buat. guna benang nona dan jarum saiz 5.5 mm. sangat sesuai untuk pakai tempat sejuk sebab ada warming effect.




 Bila saya tunjuk topi ni dalam grup whatsapp. Best friend forever  aka BFF( guna istilah anak muda sekarang jugak la) saya yang nak ke korea telah tempah 4 biji untuk 4 boysnya. Alhamdulillah saya saya dapat siapkan dalam masa 3 hari dalam keadaan busy celah sekejap sekejap je mengait ni. Walaupun teknik ni agak lambat kalau nak bandingkan kalau kita buat krusye biasa. Tapi sabar ye,,,, kita pengait pengait ni memang sabar kan..:-)

 Ni la topi topi yang saya hasilkan untuk 4  orang budak comel tu. Harap sangat diorang suka dengan topi topi ni.




Dan Alhamdulillah diorang suka sangat. Gambar bawah sekali tu gambar the boys dengan topi topi ni. Mama mereka kata mereka sangat gumbira dengan topi ni dan tak sabar nak bergaya di korea.. Hope they enjoy the trip.

Then,  sepupu saya menempah satu untuk pakai kat rumah.. saya kait gunakan benang ICE organic cotton memandangkan cuaca kat malaysia ni panas jadi kalau pakai benang nona tak selesa la nak guna kat rumah. Topi ni kalau pakai masa masak sesuai la kalau rambut kita asyik gugur je... boleh buat ganti topi cook dan boleh feeling-feeling master chef gitu sambil masak..ahaks..



Nampak longgar kat patung sebab kepala beliau memang besar..keh keh....memang bagak dan gabak,,:-P


ok..dah panjang ceritanya saya nak share cammana saya buat topi ni. Bawah sekali  ni ada video yang tak seberapa ... kalau tak paham boleh tanya ye.. tinggal je komen...Insyaallah saya cuba jawab.


Thursday, September 4, 2014

Dress simple untuk si bam bam

Budak chubby memang cute especially bila boleh cubit pipinya yang gebu macam roti pau... tapi masalahnya juga ..budak chubby ni susah nak cari dress atau baju readymade.
Ni dress simple yang saya jahit untuk anak saudara seorang kawan yang memang cute seh....umur rasanya dalam 9 or 10 tahun je...tapi semangat. Kesian nak pakai dress tapi tak jumpa saiz yg sesuai. So saya dengan kepakaran ke laut saya ni telah menghasilkan dress ni untuknya...
Gambar bawahnya pula lace yang saya gunakan di pinggang...ehemmm..saya jual.lace ni tau..reganya rm 18 semeter..kalau nak setengah meter pun boleh ..reganya rm9...kalau nak beli jangan malumalu ye... wassup2 je kat 0194779004...hokeh..

Saturday, May 10, 2014

Kait Jarum 1 : Baju Heksagon

Membuat baju dari dua keping heksagon atau segienam adalah cara yang paling mudah untuk membuat baju. Ia patut dicuba oleh semua yang baru berjinak-jinak dengan kait jarum satu. Walaupun caranya mudah tetapi hasilnya amat menarik sekali. Dua keping heksagon dikait secara berasingan seperti yang ditunjukkan oleh gambarajah mudah saya ini:
dua heksagon kemudiannya dilipat dan dicantumkan pada bahagian tengah untuk membentuk baju.

Tutorial dalam video diatas menerangkan cara mengait dan mencantumkan baju.saiz heksagon bergantung kepada saiz baju yang akan dikait.Berapa banyak baris yang akan dikait selepas baju dicantumkan akan menentukan lebar kolar , lebar dan Labuh baju. Selamat mencuba. Sebarang pertanyaan boleh diajukan di Fb Deenor Haberdashery di www.facebook.com/deenorh

Untuk membeli bahan yang digunakan untuk projek ini, boleh didapati di http://www.deenorh.melur.com/view_cat.asp?owner=deenorh atau boleh PM di www.facebook.com/deenorh

Thursday, April 24, 2014

Cara membuat topi bayi

Topi bayi... antara barang yang sangat delicious untuk dihadiahkan kepada bayi yang baru lahir..tak kira la bayi orang atau bayi sendiri. Bayangkan betapa surprisenya kakak kakak atau kawan kawan kita yang memang rasa kita ni tak de talent langsung dalam kerja kerja tangan ni bila tetiba... taraaaa... kita dihadiahkan baby mereka dengan topi bayi kait yang tersuper duper kiutnya. Takpun betapa kembangnya hidung dan terharunya  kita bila tengok baby kita pakai orang tanya..comelnya topi beli kat mana?  uhuks... mahu menangis...

ramai yang rasa mengait ni susah sebab zaman kita belajar ngan mak2 kita dulu disuruhnya kita kait basic sampai muntah dulu baru boleh buat benda lain. kononnya practice makes perfect. Ramai jugak yang termuntah hijau semasa dipaksa mengait taliair dan tiang tanpa menghasilkan apa2. Takpun kena suruh kait alas meja yang 3 kurun pun belum tentu siap lagi.

Meh hari ni kita ajarkan awak2 semua cara buat topi baby yang paling mudah. satu buku benang dan siap. yang paling penting satu hari dah boleh siap. Jomm....

Cara mengait topi baby yang paling mudah:


Monday, December 30, 2013

Bai Bai 2013

Salam... 5 bulan ku menyepi... bukan tak rindu untuk bercerita kat sini... namun keterbatasan masa dan kurang bijaksana mengurus waktu membuatkan blog ini akhirnya bersawang  begitu sahaja..ahaks...dalam masa 5 bulan banyak yang telah terhasil..banyak juga yang tidak menjadi..begitulah hidup... kita takkan tahu apa akan berlaku kecuali kita berani mencuba.. 

Pada hari terakhir tahun 2013 ni sudilah kiranya berkongsi beberapa antara hasil yang telah kucapai sepanjang tahun ni... ada yang sempat diambik gambar ..ada yang tidak...

1. Tahun ni tahun pertama aku berjaya menjahit baju raya untuk seluruh ahli keluarga. walaupun hasilnya tidak sempurna ( jangan belek dekat dekat ye...) namun Alhamdulilah


2. perkenalan dengan geng jahit di facebook telah membuka banyak fasa baru dalam hidup echeheheh... especially bab banyaknya baju yang aku jahit untuk diri sendiri tahun ni...baju2 yang dijahit semuanya dari pola yang dicilok dari situ...cilok halal ye ...sebab empunya badan bagi kebenaran. Antara baju yang dijahit

jubah princess ni paling best....pola hasil sedekah C-tie Shasha.. semoga Allah murahkan lagi rezeki beliau...:-)

blouse waka waka pola dari blog kedai jahitku...3 pasang buat blouse patern ni ... memang selesa aiiih... satu dicilok oleh adik iparku...


Blouse panjang belah tepi pola sendiri hasil tiru baju yang dah beli siap.....


Jubah kembang ala riau pola sedekah C-tie Shasha jugak yang mak aihhh selesa giler beb...jahit 4 pasang... satu bagi adik... satu emak rembat tinggal 2 untuk pakai sendiri...nanti akan ku tambah lagi

3. Tahun ni juga selepas asyik2 beranak je n menangguhkan masterku akhirnya dapat jugak segulung ijazah... apa taknya ambik master dulu lagi dari adik yang buat specialist medic tapi dia yg abis dulu... kakakaka.... hampir 3 tahun tulis surat tangguh sebab nak beranak...baju convo jahit sendiri jugak...and InsyaAllah sekarang since dah pencen beranak... unless terrrrr.... sedang sambung phD pula... mohon doa agar dipermudahkan laluanku ye kawan kawan...
BTW yang ku jahit dalam gambar ni adalah:
1. Baju sendiri
2. Baju merah anak...
3. Baju hijau anak
4. Tudung hitam anak

Jubah convo tu bukan jahit sendiri ye... ekekeke... boleh je kalau nak jahit sendiri ( berlagak yeee...)

Monday, July 22, 2013

Cara jahit baju kurung

cara buat leher baju kurung

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails